Monday, May 31, 2010

LIHATLAH DUNIA


Lihatlah dunia dengan apa yang terjadi.. Adakah ini yang dinamakan KEAMANAN.. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Israel terhadap bantuan kemanusiaan. Apa salah mereka?

Kenyataan Media Pengurusan Krisis LL4G Malaysia Seru Kerajaan Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Flotilla

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL
KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
"Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam."

"Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan."

Atas merupakan antara petikan kenyataan media yang diperoleh daripada http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Berdasarkan apa yang dilakukan oleh ISRAEL adalah sangat-sangat biadap. Kita perlu menentang sekeras-kerasnya tindakan ISRAEL dan menyokong usaha yang dilakukan oleh kumpulan misi kemanusian ke GAZA...

Ayuh mari kita sama berdoa..
DOA adalah senjata kita sekarang ini. Ayuh kita menembak doa agar Allah membantu saudara-saudara kita, moga Allah menghantar 'tentera'-Nya, moga Allah menghancurkan Zionis laknatullah itu... Tapi andai berdoa pun kalian tidak mampu, malulah kalian...


Untukmu jiwa-jiwa kami...
Untukmu darah kami...
Untukmu jiwa dan darah kami,
Wahai Al-Aqsa tercinta...

Kami akan berjuang,
Demi kebangkitan Islam,
Kami rela berkorban,
Demi Islam yang mulia...

Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestina-Mu
Ya Allah masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhada-Mu

"Al-Fatihah buat para syuhada yang gugur... Sesungguhnya diri ini begitu mencemburui kalian... Moga tenang dan damai kalian di sana..."

Saturday, May 29, 2010

Rumah & Rumah Tangga



Rumah kalau kita hendak buat senang. Pakai kayu, batu bata, simen, pasir dan sewaktu dengannya. Tapi kalu hendak bina "RUMAH TANGGA" bukan semudah bina rumah.
Itu merupakan dialog seorang ibu kepada seorang anak. Satu nasihat yang penuh dengan makna.

Memang untuk bina rumah senang kerana kualiti bahan untuk membina rumah itu telah kita ketahui. Berbeza apabila kita ingin membina rumah tangga dimana kualitinya akan diketahui sepanjang hidup kita dan kita juga yang akan mencorak dan membentuk kualiti Rumah Tangga kita.

Sama-samalah kita renungkan. Biar satu hari nanti kita sama-sama dapat membina satu RUMAH TANGGA yang berkualiti.

p/s Untuk sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan. SELAMAT PENGANTIN BARU dan SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU..

Friday, May 28, 2010

"LEITZ MINOLTA CL"

Apa yg ada pada sebuah kamera?..
Apa yg tersembunyi didalam sebuah kamera?
Itu yang harus aku pelajari....
"LEITZ MINOLTA CL"


Bagaimana cara ia berfungsi?..
Bukan semudah yang kita sangkakan seperti menggunakan kamera DSLR.
Pengetahuan dan pengalaman sgt penting untuk menggunakannya.
Menggunakan kamera ini ibarat menggunakan senapang. Sekali petik peluru keluar. Salah sasaran. Ruginya..









Tuesday, May 25, 2010

NABI SULAIMAN DAN SEMUT

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudaiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman betanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika ia di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusi (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jagadan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

*Renung-renungkan kisah semut ini dan carilah sesuatu yang luar biasa didalam kisah ini.


TITIK AJAIB - SAUJANA

Daripada kaca mata pengembara
Kita adalah berkelana
Daripada kaca mata penguasa
Kita adalah hambaNya yang lemah

Susurilah jalan-jalan kehidupan
Bertemankan suria nan indah
Renangilah gelora di lautan
Dengan kesabaran kelak kau kan tiba

Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini

Daripada kaca mata pengembara
Kita adalah berkelana
Daripada kaca mata penguasa
Kita adalah hambaNya yang lemah

Luas jalan terbentang
Menuju kesaksian kebenaran
Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu

Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini
Biarpun rebut melanda
Duniakan cerah pabila ia reda

Oo..Percaya pada dirimu sendiri
Kelak kau kan berjaya menggapai impian
Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu

Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini
Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu

Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini


HARI BELIA 2010, PUTRAJAYA

HASIL KREATIF BELIA MALAYSIA....


AUTOMOTIF DAN BELIA





BELIA 1 MALAYSIA....






Monday, May 24, 2010

FRIM & SERDANG











p/s: Kepada sesiapa yang mahukan khidmat jurugambar boleh hubungi saya...

MARAH

MARAH... Satu sifat yang tidak dapat lari dalam hidup manusia apabila emosi terganggu disebabkan oleh tekanan persekitaran. Kita harus bijak dalam mengawal kemarahan kita. Rasulullah sendiri pernah bersabda :
"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas).
Beliau juga ada sifat marah seperti kita. Yang membezakan adalah cara kita untuk mengawal kemarahan itu.

Jangan disebabkan benda yg kecil kita marah seperti gunung berapi nak meletus. Berfikir secara matang, fikir kesan yang akan terjadi akibat dari marah itu.

Bila kita marah, apa perlu buat? :

1)Tarik nafas dalam-dalam. Supaya nafsu marah yang tengah membuak-buak itu reda.

2)Wuduk & istigfar. Dengan mengingati Allah itu adalah cara yang terbaik untuk mengakis kemarahan dalam diri kita.

3)Membaca al-Quran

4)Berfikir secara rasional tentang kesan buruk.

5)Meluahkan perasaan yang terpendam itu. Jangan disimpan apa-apa yang pedih itu sendiri kerana makin lama disimpan makin pedih. Luahkan pada orang yang kita percaya.

6)Berjalan di tempat-tempat yang menenangkan. Tepi pantai, taman permainan melihat gelagat kanak-kanak.

7)Lakukan apa-apa yang di rasa diri dapat menenangkan fikiran. Tapi fikir dulu sebelum melakukan. JANGAN LAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEMUDARATKAN DIRI.




Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawasanya marah itu perosak iman, bagai barang yang pahit merosak madu.”

Saturday, May 22, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Wednesday, May 5, 2010

Kau Pergi Jua

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu masih sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam doaku


Sahabatku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mataku
Tetap kuabadikan dalam jiwaku


Sepinya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
ketika perjuangan mu membara
Belum puas ku menatap wajahmu
Kau pergi tak kembali