Monday, December 27, 2010

1001 Cerita Dari UK - 7

11/12/10
Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk kami berada di London sebelum pulang ke Malaysia.
Hari ini kami telah pergi ke satu kawasan yang menjual barang-barang antik disepanjang jalan di Portobello Road.

Ia merupakan tempat menjual barang antik terbesar didunia. Barang-barang antik seperti kamera lama, mesin jahit, permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
Dan ia hanya di buka pada hari Sabtu bermula daripada pkul 5.30 pagi. Pada hari Isnin sehingga Sabtu kedai-kedai antik biasa di kawasan it bukak seperti biasa.
Potobello Road..

.....

Selepas dari bersiar di Portobello Road, kami telah pergi ke Malaysian Students Department untuk berjumpa dengan Pengerusi UKEC, Farquar Haqqani Fadhlullah Suhaimi. Banyak perkara yang kami bincangkan disini antaranya mengenai program, pelajar malaysia di sini dan banyak lagi.
Pertemuaan dengan UKEC

Pada malamnya kami telah pergi bersiar-siar di Winter Wonderland. Ia seperti fun fair dan hanya ada pada musim Krismas sahaja.
Winter Wonderland...

12/12/10
Hari ini merupakan hari terakhir untuk kami berada di negara orang sebelum pulang ke Malaysia. Kami mengambil peluang trakhir ini untuk berjalan ke tempat-tempat yang belum sempat kami lawati. Kami telah pergi ke British Museum, Tower Bridge dan kawasan sekitarnya.
British Museum
Tower Bridge
Tower of London

Kami juga telah pergi ke satu tempat membeli belah yang dipanggil Harrods. Disini merupakan tempat membeli belah barang-barang mewah. Menurut sumber Harrods mula-mula dibuka pada tahun 1824.
Harrods

13/12/10
Selamat Tinggal UK.. Satu pengalaman yang menarik dinegara orang...

Terima kasih Kepada Insan-insan yang banyak membantu sepanjang kami berada di Leeds dan London. Terima Kasih kepada LUMSOC, UKEC dan pelajar-pelajar Malaysia di Leeds dan London. Ada masa kita jumpa lagi. =)
Indahnya ciptaan tuhan....

Sunday, December 26, 2010

Tuesday, December 21, 2010

1001 Cerita Dari UK - 6

9/12/10
Aktiviti hari ini adalah kami berjalan di sekitar kota London.. Kami pergi ke kawasan pasar dimana sayur, ikan, daging dijual.

Kemudian kami pergi ke satu kawasan dimana letaknya ibu pejabat kebanyakkan syarikat-syarikat besar dan bank-bank.
Permandangan di sekitar kawasan koporat di London

Pada malamnya kami telah pergi ke majlis makan malam bersama pelajar malaysia jurusan undang-undang di Restoran Rasa Sayang yang terletak di China Town.
China Town..

Selepas selesai makan kami pergi menonton teater muzikal di Queens Theatre yang berjudul 'Les Miserables'. Menurut pelajar malaysia di sini, teater muzikal ini telah 25 tahun di tayangkan dan setiap kali ditayangkan panggung teater pasti akan penuh. 'Les Miserable' ini mengisahkan tentang perang antara England dan Perancis. Sangat berpuas hati dengan persembahan teater yang diiringi okestra.

10/12/10
'The National Gallery' menjadi lokasi untuk kami melawat pada hari ini. Di sini letaknya pelbagai lukisan yang dilukis oleh pelukis-pelukis terkenal. Di fahamkan juga ada yang duduk seharian didalam geleri ini untuk meniru lukisan yang dipamerkan didalam galeri ini.
The National Gallery

Pada sebelah malam kami telah pergi ke Buckingham Palace dan kemudian pergi ke satu kawasan yang juga menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah iaitu Piccadilly Circus.
Disini terletaknya kedai sukan 'Sports Direct' yang besar di London setinggi 5 tingkat. Disini jug letaknya "Ripley's Believe It or Not! Museum".

Buckingham Palace pada waktu malam..
....... =)
Ripley's Believe It or Not! Museum
Piccadilly Circus.... =)

Monday, December 20, 2010

1001 Cerita Dari UK - 5

6/12/10
Hari yang bersemangat terutama untuk kaum hawa kerana mereka akan menghabiskan masa sehari suntuk untuk berjalan-jalan di Oxford Street yang merupakan antara tempat tarikan membeli belah..

Disebabkan oleh pelajar malaysia yang ingin menemani kami sepanjang berada di London sibuk dengan kelas pada hari ini kami telah di tinggalkan dikawasan ini dan bersiar-siar sehingga beliau habis waktu kuliah..

Memang kawasan ini merupakan salah satu kawasan dimana menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah kerana terdapat banyak butik-butik berjenama di sepanjang jalan ini.
7/12/10
Hari ini kami akan pergi melawat ke sekitar bandar London dan beberapa muzium yang terdapat di London.
Antara muzium yang kami lawati:
Science Museum
The Science museum
Kedu-duanya adalah percuma
Seorang budak kecik yg sangat tertarik dengan patung angkasawan... =)
Antara benda yang menarik didalam science museum
Bangunan yang terdapat berdekatan dengan science museum...

Kami juga pergi bersiar di kawasan dimana menjadi tumpuan pelancong iaitu
Big Ben
Eye of London
dan Lain-lain

8/12/10
Hari ini merupakan hari yang kurang aktiviti kerana telah penat berjalan sehari suntuk semalam.
Permandangan dari rumah pelajar Malaysia di London.. =)

Hari ini kami hanya berehat di rumah dan hanya keluar pada sebelah petang untuk ke London School oh Economics (LSE) untuk melihat bagaiman AGM bagi persatuan pelajar Malaysia di LSE diadakan.
AGM di LSE

Semasa AGM ini diadakan wakil dr UKEC telah mempromosikan mengenai Career Fair yang akan diadakan pada tahun hadapan. Menurut cerita, Career fair ini diadakan setiap tahun dan mereka menjemput syarikat-syarikat dari Malaysia untuk datang kesana. Pelajar-pelajar diminta untuk menghantar resume kepada AJK Career Fair melalui e-mel dan kemudian resume tersebut akan di agihkan ke syarikat-syarikat yang berkenaan yang akan hadir pada career fair tersebut. Satu usaha yang bagus dalam membantu pelajar-pelajar dalam mencari kerja sebelum menamatkan pengajiaan.

Program career fair ini merupakan program tahunan diadakan oleh UKEC bagi memberi peluang kepada pelajar Malaysia yang belajar UK.

Usaha yang sangat baik dilakukan oleh mereka dalam membantu pelajar. Malangnya perkara ini jarang berlaku terutama ditempat dimana aku belajar. Dimana letaknya wakil pelajar yang mempunyai nama organisasi yang sangat besar tapi tidak menggunakan sepenuhnya.

Poster Career Fair yang baru diadakan pada tahun ini...

Sunday, December 19, 2010

1001 Cerita dari UK - 4

3/12/10
Hari Jumaat yang mana kurang aktiviti untuk dilakukan..
Keluar dari rumah untuk pergi ke masjid untuk Solat Jumaat...

Selepas Solat Jumaat.. aktivit meronda di bandar Leeds... =)

Aktiviti malam adalah belajar membuat sate dengan salah seorang pelajar Malaysia. Orang belajar membuat sate di Malaysia tapi aku belajar membuat sate di Leeds.. hehehe..

4/12/10
Aktiviti hari ini adalah majlis bersama LUMSOC di Green Room, University of Leeds. Sesi beramah mesra dan makan bersama pelajar-pelajar malaysia.
Ucapan daripada presiden LUMSOC
Makan-makan time...
Bergambar bersama pelajar-pelajar Malaysia
5/12/10
Hari untuk berangkat ke London. National Express sekali lagi menjadi pilihan untuk ke London.
Kami menaiki bas dari Leeds Bus Station ke Victoria Bus Station dan kemudian berjalan kaki ke Victoria Underground untuk bertemu wakil daripada UKEC.
Kami telah dibawa ke pejabat UKEC di Malaysian Student Department dan di sini kami membuat satu perbincangan tentang tujuan kehadiran kami ke UK.
Di London, kami menumpang di rumah deputy chairman UKEC
berhampiran dengan King's Cross St Pancras Station.

Bergambar bersama deputy chairmain UKEC, Tai Zee How...

Thursday, December 16, 2010

1001 Cerita dari UK - 3

1/12/10
Perancangan awal yang disediakan oleh pihak Uni of Leeds iaitu menghadiri kelas 'Corporate Governance' tapi kelas yang dijadualkan dibatalkan disebabkan oleh Salji turun dengan lebat.
Kami mengambil keputusan untuk berjalan disekitar Uni dengan seorang pelajar malaysia.
Selepas penat berjalan di sekitar Uni kami telah pergi ke salah satu restoran mmakanan segera yang halal ala-ala McD (Mahmood restaurant)


Selepas selesai makan, kami terus pergi ke Ernst & Young di Leeds. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki. Pengalaman pertama berjalan dalam salji yang agak lebat. Sistem pengangkutan lumpuh dan tergendala disebabkan oleh salji.
Kami berjumpa dengan Audit manager di Ernst & Young dan kami dibawa melawat ke sekitar pejabat dan kami bertukar-tukar cerita mengenai kehidupan auditor di Eropah dan Malaysia.

Bridgewater, Bangunan dimana Ernst & Young di Leeds beroperasi...

Selepas selesai temujanji di Ernst & Young kami terus bergegas pulang ke Uni kerana satu Majlis telah diaturkan tapi malangnya ia telah dibatalkan disebabkan oleh salji yang lebat.

Malam di leeds yang paling seronok sebab berpeluang untuk bermain salji dan membuat satu Snow Man bersama pelajar Malaysia di hadapan rumah..


Hari yang penuh dengan pengalaman bersama salji... =D

2/12/10
Permulaan hari yang sangat bersemangat kerana kami akan pergi ke Manchester.
Perjalanan ke Manchester dari Leeds adalah lebih kurang 1jam dan kami memilih untuk menaiki National Express untuk pergi ke Manchester.
Dari Manchester ke Old trafford kami menaiki Tram dari Piccadilly Garden ke Old Trafford..
Tram yang kami naiki untuk ke Old Trafford..

Old Trafford Tram Station...

Stadium Manchester United...
Di sekitar Stadium Manchester United...

Antara yang menarik di bandar Manchester....