Tuesday, December 14, 2010

1001 Cerita dari UK - 2

29/11/10
University of Leeds
Hari pertama yang sangat pelik sebab bangun terlalu awal pkul 4 pg... huhu
Bermula pengembaraan di University of Leeds dengan berjumpa wakil dari bahagian antarabangsa di hadapan Parkinson Building.
Melawat sekitar universiti:

Bangunan universiti yang sangat panjang..

Leeds University Business School (LUBS)

The Edge (Gym).. mempunyai peralatan yang sangat lengkap, terdapat kolam renang dan wall climbing didalam 'The Edge'

Wall climbing didalam 'The Edge'..

Ini merupakan pasaraya yang terdapat didalam Bangunan Students Union.. Diuruskan sepenuhnya oleh pelajar. Terdapat juga Starbuck, Pub, Cafe yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar uni yang diketuai oleh MPP mereka..MPP mereka hanya terdiri daripada '6 ORANG' eksekutif sahaja dan mereka dibayar serta cuti dari belajar selama setahun untuk berkhidmat demi kebajikan pelajar. Mereka juga mempunyai akhbar mereka sendiri..

Selain melawat kawasan cafe, kami diberi peluang untuk berada dalam salah satu kelas iaitu Management Accounting.

Dan aktiviti terakhir adalah social networking dengan pelajar malaysia dalam jurusan 'accounting and finance' dan juga programme director bagi kursus 'accounting and finance'....

30/11/10

Masih mengalami masalah menyesuaikan masa.. bangun terlalu awal..

Matahari pagi di Leeds...

Aktiviti di University of Leeds di teruskan.

Melawat Perpustakaan yang sangat besar..

Ruang tengah perpustakaan...

Berjalan melihat keadaan sekeliling perpustakaan..

Kemudahan komputer yang disediakan didalam perpustakaan...

Hari yang sama.. disebabkan kelas statistik ditunda pada pkul 2ptg kami berpeluang menyaksikan demonstrasi oleh pelajar Uni of Leeds berkaitan kenaikan yuran pengajian..

Demonstrasi bermula di hadapan Parkinson Building..

Pelajar memasuki kawasan jalanraya untuk berarak..

Polis mengawal keadaan dengan tanpa sebarang kekerasan..

Pelajar-pelajar ini juga telah menawan satu bangunan universiti dan dijadikan markas mereka untuk tujuan membantah kenaikkan yuran pengajian..


No comments:

Post a Comment