Tuesday, January 26, 2010

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Setiap rangkap lirik ini membawa banyak pengertian tentang kehidupan kita. Yg pasti kita akan meninggalkn dunia ini utk hadir didunia yg baru. Dunia dimana kita akan dihitung dan ganjaran pasti menanti disana. Pesanan untuk diri ak dan semua, sentiasa kita beringat tentang penghujung hidup kita kerana kita tidak tahu bila penghujung hidup kita. Bagaimana rupa penghujung hidup kita nanti.

p/s : Salam takziah kepada sahabatku "KOMENG" atas pemergian ibunda tersayang. Semoga dirimu tabah dalam menghadapi dugaan ini. Al- Fatihah.

Monday, January 25, 2010

Perjalanan hidup

Sememangnya hidup kita ini telah ditentukan oleh Pencipta kita. Baik buruk dalam hidup kita, itulah dinamakan takdir. Bermula dari kelahiran kita disitu segala cerita-cerita suka duka, pahit manis kita bermula. Ada insan yg lahirnya penuh dengan manisnya, lahir dikalangan keluarga yg sangat bahagia. Ada juga insan yg lahirnya penuh dengan pahitnya, lahir dan ditinggalkan ibu di tepi jalan. Walau bagaimana sekalipun itulah permulaan perjalanan hidup kita.

Hidup kita ini umpama kain putih, dimana kita mendapat kain putih itu seawal kelahiran kita. Disitu bermula segala corak2 dan warna2 kehidupan akan terlukis, tercalit diatas kain putih kita.
Kain putih kita itu yg akan kita simpan sehingga akhir hayat kita. Hanya kita sahaja yg tahu apa yg terlukis di kain putih kita itu. bagaimana coraknya, penggunaan warnanya, jawapan hanya terletak pada kita.

Dalam hidup ini, setiap insan pasti tidak mahu sesuatu yg paling buruk, sedih, dan seumpamanya berlaku dalam hidup. Tetapi apakan daya kita ini hanya seorang insan yg sunnguh kerdil di muka bumi ini yg hanya mampu melakukan perancangan dan berdoa tetapi ketentuannya terletak pada pencipta kita. Setiap yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Kehilangan insan yg tersayang dalam hidup bukan sesuatu yg mudah untuk kita terima. Tetapi itulah salah satu warna yg akan terlukis pada kain putih kita. Warna kesedihan yg akan terlukis di kain kita. Ak pernah juga mengalami saat duka dikala kehilangan seorang ayah diusia ak yg agak muda. Disitu ak mula belajar mengenai kehidupan tanpa seorang ayah. Warna kesedihan ak tidak pernah pudar. Itu semestinya akan berlaku pada setiap yg mengalaminya seperti ak.

Walaupun warna kesedihan itu sangat terang dan tidak mudah pudar, kita harus ingat sebagai insan di muka bumi ini tentang perjalanan hidup kita. Perjalanan hidup kita masih jauh bukan berhenti dikala kita kehilangan seseorang yg kita sayang. Kita tidak boleh berhenti mewarnakan kain putih kita. Hidup mesti diteruskan.Berikan kejayaan kita kepada insan yg telah kita kehilangan. Buktikan bahawa kita ini kuat untuk hadapi segala rintangan dan kejayaan yg kita miliki bukan untuk kita sahaja tetapi untuk kita kongsi bersama insan yang sudah tiada. Semangat untuk teruskan kehidupan. Pasti ada yg menarik menanti kita di hadapan sepanjang perjalanan ini.

p/s: . Diharap kita semua kuat untuk teruskan hidup ini. Yg menarik menanti di perjalanan kita.

HATI

Berbicara pasal hati, hati tempat dimana segala perasaan menjelma; suka, duka, ketawa, sedih, itu semua perasaan yang hadir dr hati seorang insan. Sekuat mana hati seseorang pasti ada disudut hatinya satu sudut yg sgt lemah.

Ak mungkin kuat untuk hadapi segala ujian yg ak hadapi sekarang tp di sudut kecilhati ak tetap ada kelemahan yg mampu meruntuhkan setiap kekuatan yg ada dalam hati ak. Itu mmg lumrah kejadian manusia. Bukan semua insan dapat memahami apa yg tersirat di hati insan lain. Ia sesuatu yg sukar untuk kita memahaminya. Bagi ak setiap yg berlaku itu pasti ada sebab. Walaupun disudut hati yg lemah ini kdng2 mampu melemahkan semangat yg kental ini tp ak tetap berusaha untuk menjadi lebih positif.

Betul la kata org, kita akan nampak dgn mata kasar kita betapa teguhnya semangat orang yang kurang upaya itu tetapi disudut hatinya tetap ada sekelumit sudut yg sgt sensitif. Itulah yg ak alami. Walaupun ak tahu ak hanya kurang upaya untuk sementara tp kadang2 hati ini tetap sensitif. Tapi bg ak itu adalah dugaan yg harus ak hadapi dan ak harus harungi dgn penuh kesabaran. Semakin hari ak jalani hidup sebagi org kurang upaya "sementara" semakin byk perkara yg ak belajar yg mmg tidak dapat ak belajar semasa hidup sebagai seorng yg normal. Hidup mesti diteruskan walau sebesar mana dugaan yg datang kepada kita.. :)

Sunday, January 24, 2010

Kaki oh Kaki.. :)

Ini lah pengalaman pertama berkaki 4. Mungkin pada mulanya ak merasakan sgt sukar utk bergerak menggunakan tongkat tp ak kuat kan semangat dalam diriku. Ak terfikir sejenak, bagaimana org yg kekal cacat anggotanya mengharungi liku2 hidup seharian mereka. Ketabahan mereka dalam mengharungi liku2 hidup itu yang menjadikan aku kuat utk berdikari berjalan menggunakan tongkat. Org sebegitu boleh menjalankan aktiviti seharian kenapa ak tidak pula.

Semangat oh semangat.. Penuhi diri ak untuk terus menharungi kehidupan ini supaya kental dan semangat.. YEAH....

p/s: Thnks kt ijan yg botakkan kepala ak semalam (24/01/10) dan kawan2 lain yg turut serta.. huhuhu

Saturday, January 23, 2010

Persahabatan 2

Nilai persahabatan tidak dapat diukur secara realiti. Sesuatu yang sukar diukur itu adalah sesuatu yg sgt sukar utk dijaga. Persahabatan hanya datang dengan hati yg ikhlas. Sahabat akan sentiasa berada disisi di kala kita susah @ senang. Memberi kita sokongan & dorongan.

Nilai persahabatan sangat tinggi. Ak sendiri tidak mampu membalas segal jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat ku dikala ak dalam kesusahan. Dikala itu nyawa ak hanya seperti telur dihujung tanduk. Sahabatku yang mendengar berita tentang kemalangan ak sanggup bersusah payah untuk pergi ke rumah ak untuk memaklumkan tentang kejadian ini kepada ibu ku. Tanpa mereka mungkin berita kemalangan ak lambat sampai kepada ibu ku. Mereka sanggup membatalkan segala rancangan demi ak.

Dikala hari-hari ak keseorangan di hospital sahabat2 ak datang semata2 untuk memberikan semangat supaya ak lawan segala sakit yang ak rasai. Dimana dapat ak cari sahabat seperti ini. Hari demi hari, habis praktikal @ kuliah pasti mereka akan muncul untuk menemani ak, berkongsi cerita supaya ak sentiasa ceria.

Terima kasih sahabat2ku tiada yang boleh memisahkan persahabatan kita, menghancurkan keceriaan yang kita bina dalam persahabatan kita.

p/s : Terima Kasih sahabat2ku.
* ammar terima kasih sanggup pergi rumah ak untuk beritahu keluarga ak tentang kemalangan ak.
* kecik,fifi,pali,ijan,wari,lutfi,kamil terima kasih sebab selalu datang melawat ak.
*kawan2 yg tidak disebut nama terima kasih atas keprihatinan terhadap kemalangan ak.
* ak tak mampu membalas apa yang telah kamu semua lakukan. Terima Kasih kawan2. Terima Kasih Sahabat...........

Persahabatan 1

AKRAB PERSAHABATAN

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


p/s: untuk sahabat2 yang selalu memberi sokongan kapada diriku dikala diri ini hampir lemah dan tidak berdaya. Tiada apa yang dapat memisahkan persahabatan kita.

Friday, January 22, 2010

Kasih Ibu

Kasih ibu kasih yang abadi. Tiada yang dapat menggantikan kasih seorang ibu kepada anaknya. Walau sekali pun sukar untuk menempuhi hidup ini, insan yg bernama si Ibu tetap akan berusaha untuk membahagiakan si anak. Besar sungguh pengorbanan IBU.

Ak didunia ini hanya mepunyai seorang ibu. Ak kehilangan ayah pada usia ak 10 tahun. Di situ bermula detik bagaimana Ibu ku dengan tulang empat keratnya mencari rezeki demi membesarkan anak2nya sehingga sekarang. Sehingga ak sebagai "si Anak" berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading.

Masih tersimpan di memori ak bagaimana ak menemani ibuku seawal jam 5.30 pagi untuk pergi ke suatu tempat setiap hari untuk membersihkan tempat itu demi mencari rezeki bagi menampung hidup sekeluarga. Kebiasaannya tugas mengemas ini akan selesai lebih kurang 6.30 pagi dan ak dan ibu akan pulang ke rumah. Di rumah ibu mengambil pula upah mengasuh anak-anak jiran. Ak pula akan pergi ke sekolah seperti biasa.

Seorang Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya. Anak adakah sanggup untuk melakukan apa sahaja demi ibu? Realiti kehidupan sekarang kesibukan dalam kerjaya adalah yg terpenting berbanding dengan perhatian terhadap Ibu di rumah.

Dulu ak hanya ada impian untuk melangkah ke menara gading. Sekali pun ak tidak pernah mengambil serius tentang impian ak. Insan seperti ak, Ibu itu yang memberikan kedua2 kasih sayang sebagai seorang ibu dan bapa. Hasil daripada didikan ibu ak telah berjaya mencapai impian yang dulu hanya ak angap impian sekadar impian.

Bila ak mengimbau kembali sejarah persekolahan ak, ak hanya seorang pelajar biasa yg bersekolah di sekolah harian biasa. Hidup hanya dengan keseronokkan bersama kawan2. Melepak lewat malam itu salah satu daripada aktiviti ak tp hujung minggu la. Selalu juga kne marah dgn ibu. =) .. Ak bercampur dengan semua jenis manusia semasa di sekolah dari yg baik sehingga yg perangai yang tidk berapa baik.

Leteran seorang Ibu setiap hari disulami dengan kasih sayang tanpa kita sedari. Leteran Ibu itu yang sedikit demi sedikit yang menggerakkan dan memimpin kita untuk terus mencari kejayaan dalam hidup ini. Sekuat mana, sekerap mane leteran ibu adalah satu kasih sayang untuk kita. Ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Ingatlah sebagai anak, ibu hanya mahu melihat kejayaan kita dan janganlah sesekali kita mengabaikannya.

p/s : Dulu masa sebelum kemalangan ak yg selalu ikut ibu pegi pasar, tesco, apa2 mesti ak.. tp sekarang ak tak dapat nak teman ibu.. =(

Thursday, January 21, 2010

Cinta ADAM & HAWA

Setiap makhluk di dunia ini dikurniakan satu rasa kasih & cinta. Tidak kira apa sekalipun perasaan itu tetap ada dalam diri setiap makhluk dimuka bumi ini. Bagi kita, seorang insan tidak pernah lari dengan perasaan itu. Rasa kasih & cinta kita dari yg mencipta kita sehingga kepada diri kita sendiri tetap ada walaupun sekelumit.

Kadang-kadang perasaan itu yg menyebabkan datangnya rasa gundah gulana dalam hati, dalam pemikiran rasa tidak tenteram. Hanya kerana perasaan cinta si Adam terhadap si Hawa atau si Hawa terhadap si Adam. Ak tidak menafikan perasaan ini pernah menghantui diri ak. Ak juga yakin setiap insan yg bergelar si Adam & si Hawa juga pernah merasai perasaan ini.

Ini semua adalah lumrah dalam kehidupan yang akan membawa kita untuk berfikir lebih matang. Setiap dari kita tidak pernah lari dari kesalahan ketika dalam perhubungan tetapi itulah pelajaran yang akan menyedarkan diri kita, menjadikan kita matang dan rasional dalam berfikir.

Walau apa pun yg berlaku antara cinta si Adam & si Hawa di zaman moden ini terletak pada kesungguhan si Adam & si Hawa itu sendiri dalam menilai perhubungan mereka. Satu perhubungan bukanlah ibarat permainan kita semasa zaman kanak-kanak iaitu 'HIDE & SEEK" tetapi ia adalah permainan untuk membina sesuatu dalam hidup.

Kalau perhubungan itu ibarat "HIDE & SEEK" itu yg bila nk sungguh2 bila dah jumpa letak tepi. Sama seperti zaman kanak-kanak dulu bila kita kena cari org yg menyorok kita akn cari sungguh2 bila dah jumpa kita letak tepi cari yg lain pula. Perhubungan seperti ini yang akan mendatangkan ribut taufan di hati si Adam @ si Hawa.

Untuk yg belum, ingin @ sudah menjalinkan hubungan istimewa, perhubungan itu bukan permainan "HIDE & SEEK" jawapan kepada perhubungan terletak pada mula2 kita ingin memulakan perhubungan itu. Berfikir secara waras & rasional dalam membuat keputusan jangan sampai di pertengahan perhubungan kita merosakkannya atas dasar tiada perasaan cinta @ apa saja alasan. Itu akan mendatangkan luka dihati dan takut datangnya dendam di hati. Dendam di hati perkara yang paling bahaya dan perlu dielakkan.

Pelihara hati sendiri, hati si ADAM @ si HAWA yg menjadi pujaan hati supaya tiada ribut taufan yang akan berlaku.. ( hehehehehe)

Selamat berjaya bg mereka yg ingin, akan dan sedang menempuhi alam perhubungan dan diharap kekal sehingga kejinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat.

p/s: ak da berkaki besi. Terpaksa berhenti jd wedding photographer.. sedih.. =(

Pelajaran dalam hidup

Setiap pagi ada la satu permulaan dalam hidup kita. Kita akn belajar sesuatu yg baru, baru dalam hidup kita. Seburuk mana pun perkara yang berlaku keatas diri kita jangan sekali-kali merasa ia merupakan satu malapetaka dalam hidup kita. Ia adalah satu pelajaran kepada kita supaya kita lebih mengenali tentang kehidupan. Jadikan kesukaran itu satu semangat dalam diri kita untuk terus membaiki hidup kita.

Lumrah dalam diri seorang manusia seperti ak juga, sentiasa mahukan sesuatu yg terbaik bukannya sesuatu yang buruk. Kalau datng yang baik kita mesti akan senyum sepuas2nya dan tidak sikit pun memikirkan tentang kenapa kebaikan itu datang. Datangnya sesuatu yang buruk secara pantas kita akn merasa kecewa tanpa memikirkan hikmah disebalik yg buruk itu.

Baik @ buruk sesuatu yg berlaku kalu kita amati setiap itu pasti kita akan tersenyum diakhirnya. Kita akan sedar yg kita sedang belajar. Belajar melalui sesuatu yg indah atau belajar melalui sesuatu yg sukar.

p/s: Jangan cepat berputus asa @ berpuas hati dengan apa yg diperolehi. Renungkan setiap yg terjadi dalam hidup kita pasti kita akan tersenyum.

Aku Cinta Allah - WALI BAND

Andaikan Diriku Bisa

Seperti Yang Lain

Yang Kau Sayang

Yang Kau Rindukan

Yang Kau Cintai



aku Lemah Tanpamu Aku Lelah

aku Sungguh Tak Berdaya

Tolongku

Tolongku

Yaa Allah


Setiap Air MatAku Mengalir

Allah Aku Lemah dan Tak Berarti

Setiap Derai Tangis Membasahi

Allah Jangan Tinggalkan Aku Lagi


aku Sayang Allah

aku Rindu Allah

aku Cinta Allah


p/s : lagu yg selalu ak dengar setiap pagi & setiap masa.. =)

Wednesday, January 20, 2010

Nikmat

Dalam tidak sedar kadang2 kita terlupa setiap benda yg dkurniakan oleh ALLAH kepada kita adalah satu nikmat. Dari permulaan hari sehingga kita kembali tidur. Setiap perkara itu adalah nikmat yg sgt besar walaupun kdng2 sedikit pun tidak terlintas di minda kita.

Diri ini ingin berkongsi pengalaman semasa di hospital, terdengar satu perbualan seorang pesakit mengenai nikmat tangan yang dikurniakan oleh ALLAH. Sedikit pun tidak pernah terpikir betapa berkuasanya tangan.

Bayangkan bila kita terhantuk pd dinding anggota mane yg akn memberi reaksi paling cepat. Tangan kita akan serta merta mengusap2 bahagian yg terhantuk untuk melegakan kesakitan.

Sama seperti anak kecil menangis tangan jugak akan mengusap kepala si anak sambil memujuk si anak supaya bertenang dan berhenti menangis.

Tangan antara nikmat yg kdng2 kita terlepas pandang. Sentiasa berfikir dan menghargai segala yg dikurniakan kepada kita.. =)

Ak belajar sedikit demi sedikit tentang kehidupan ini. Tentang nikmat kurniaan Allah. Kita manusia cepat leka dengan nikmat yg di kurniakan. Hanya akan sedar bila hilang nikmat itu. Tapi ak yakin bahawa apa yg ditakdirkan dalam diri kita, sepanjang hidup kita adalah untuk mendidik kita. memberi kita kesedaran, membuka mata kita. Setiap yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmah yang tersembunyi. Benda baik yang berlaku jangan kita terima seadanya fikirlah sejenak, sama seperti benda buruk yg berlaku dalam hidup kita fikirlah sejenak, jangan kita terus menyalahkan sesiapa atas perkara buruk itu.. =)

Pembedahan ( 15/ 01/ 10)

Tecatat dalam diari hidup ini satu peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam hidup ini. Ak telah menjalani satu pembedahan di peha kiri akbat daripada kemalangan yang menimpa diri ini pada 10/ 01/ 10.

Berdebar hati ini untuk menghadapinya kerana inilah kali pertama ak di bedah. Ak telah diarahkn berpuasa tepat jam 1200 malam sehingga keesokkan paginya. Tepat jam 0900 pagi ak telah ditolak ke bilik bedah (OT).

Semasa didalam OT hati ak semakin berdebar-debar tetapi gelagat doktor2 yg akan membuat pembedahan ini telah menghilang kn rasa debar di hati ini. Apa yg dilakukan doktor itu adalah dgn memasangkan lagu di dalam OT sambil berborak mengenai hal keluarga mereka. Doktor2 sempat bertanya kepada ak ada apa request lagu tak.. ( hahahaha) sempat bergurau doktor tu.

Ak telah memilih untuk diberi bius separuh dimana ak akn sedar semasa pembedahan dilakukan hanya separuh badan ak yg akan terasa kebas. Semasa pembedahan dilakukan mmg berlaku peristiwa yg sgt mengerikan. Apa tidaknya bayangkn kaki ini di tebuk, diketuk seperti org bertukang mmg x pernah terdetik di minda ini yang akan ak saksikan tapi bg ak inilah pengalaman dalam hidup. Setelah selesai pembedahan doktor sempat berpesan kepada ak " NAMPAK TRAFFIC LIGHT TENGOK KAKI" .. hahahaha

Tuesday, January 19, 2010

D.O.A : 10/01/10 ( dalam kenangan)

10/01/10 satu tarikh yg sangat bermakna dalam diri ini... bermula satu sejarah yang byk mengajar diri ini erti kehidupan, tentang apa itu kehidupan.

Pada tarikh kejadian, tepat pukul 7.40 pagi aku telah pergi meninggalkan bilik dan terus menaiki salah satunya motor kapcai kepunyaan ku "WQY 8726" terus pergi menuju ke satu tempat di PUTRAJAYA, Taman Cabaran @ Extreme Park, Persint 5. Tempat dimana selama ini ak cari untuk memenuhi minat diri ini terhadap aktiviti extreme.

Jam 1100 pagi waktu tempatan (mcm ayat berita palak.. ) ak telah habis beraktiviti dan pulang ke UPM dengan menaiki motor kapcai kesayangan ku. kerana pada tengah hari nya ak telah berjanji dgn sahabatku untuk pergi menghadiri Majlis Perkahwinan staff PRC di Shah Alam.

Tapi...

Malang telah menimpa diri ini kerana terlibat dalam kemalangan. Ak tidak tahu bagaimana ak boleh terlibat dengan kemalangan ini. Bagaimana, dimana ak dilanggar satu pun tidak terlekat pada memori ini. Ak telah dihantar ke Hospital Putrajaya dlm keadaan x sedarkn diri.

Apabila mata ini di buka alangkah terkejut hati ini bila melihat disekeliling. Bahawa diri ini berada di hospital. Kaki kiri ku tidak dapat di gerakkn. Ak di beritahu bahawa peha kiriku. Seorang pegawai polis berpangkat sarjen menemui ak dan memberitahu bahawa ak kemalangan disebabkn oleh ak kerana melanggar lampu isyarat. Ak berasa sgt keliru tp ak terima kenyataan itu kerana sedikit pun tidak tercatat dalam memori ini berkaitan dgn peristiwa kemalangan ini.

Hari demi hari ak tempuhi masa2 ak di hospital sebelum pembedahan peha kiri ak dilakukan.
Pembedahan sepatutnya dijadualkan pada hari khamis tetapi terpaksa ditangguhkan pada hari jumaat kerana terdapat masalah pada besi implan yg akan dimasukkan pada peha ini.

19 / 01 / 10 ak telah dibenarkan keluar dari wad dan kini berada di kampung untuk menhabiskan sisa2 cuti yg diberikan utk pulih seperti sedia kala.. =)

Bermula kembali

Salam.. Bermula kembali satu coretan di alam maya ini setelah berkurun lama meninggalkannya..
Tiada yg istimewa untuk permulaan ini.. Bermula kembali hanya terdetik di hati semasa berada di Wad Ortopedik 3C, Katil 17, Hospital Putrajaya untuk berkongsi pengalaman dan merenung kembali segala yg berlaku dalam kehidupan ini supaya kita sentiasa ingat dikala "senang pasti ada susahnya", dikala "suka pasti ada dukanya". Setiap yg berlaku itu ada sesuatu disebaliknya. Kata Jamal Abdillah "Takdir Penentu Segala". Jangan disalahkan pada takdir tapi berfikir disebaliknya. Pasti akan temui kekuatan untuk berdepan dengannya. Tuhan itu tahu kekuatan hambanya sebelum sesuatu dugaan itu diberi..