Tuesday, February 23, 2010

For the Rest of My Life - MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Saturday, February 20, 2010

IBU

IBU

Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.

Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.

~ Khalil Gibran ~

Thursday, February 18, 2010

"Tanggang Moden 2"

Cerita ak dengar semasa menonton "Semanis Kurma" semalam (18/02/2010) bersama ibu ak. Cerita ini adalah berkaitan bagaimana layanan seorang anak terhadap ibunya.

Kisah ini mengenai seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak. Si ibu telah berazam untuk memastikan ke semua anaknya mendapat pendidikan yang sempurna dan berjaya pada masa hadapan. Si ibu sanggup menggunakan tulang empat keratnya, mengerah segala tenaga yang si ibu ada untuk mencari rezeki demi memastikan keselesaan dan kejayaan anak-anaknya itu.

Denga izin Allah dan berkat doa si ibu serta usaha si ibu dalam mencari rezeki, kelima-lima anaknya berjaya dan berkerjaya. Kelima-lima anaknya itu memegang jawatan-jawatan profesional seperti jurutera, doktor, akauntan dan sebagainya. Disaat anak-anaknya berjaya si ibu telah pun uzur. Pada mulanya si anak telah membuat keputusan untuk menjaga ibunya yg uzur itu secara bergilir-gilir. Lama kelamaan timbul di sudut hati setiap anak-anak itu yg bercadang untuk membawa ibunya keluar dari rumah yang banyak memberi kenangan kepada ibu yang sudah uzur itu. Anak -anak itu membawa ibu mereka ke bandar dan mereka menyewa sebuah rumah untuk ibu mereka tinggal dan mengupah seorang pembantu untuk menjaga ibu mereka pada waktu siang. Dimana pembantu itu hanya akan datang ke rumah pada pukul 8 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang. Ini semua hanya kerana anak-anak itu ingin mengejar kemewahan didunia. Bayangkan apa perasaan ibu yang tinggal di rumah itu sedangkan anak-anaknya tinggal di rumah yang besar. Bayangkan apabila ibu terpaksa makan nasi sejuk yang disediakan oleh pembantu sebelum pulang. Ibu terpaksa makan nasi dan lauk yang sudah sejuk sedangkan anak-anak dirumah makan nasi dan lauk yang panas. Bayangkan ibu duduk keseorangan di rumah itu tanpa ditemani oleh sesiapa.

Pada satu hari pembantu datang ke rumah seperti biasa dan pergi ke bilik dan pembantu itu mendapati bahawa ibu itu telah meninggal dunia. Bayangkan disaat ibu itu ingin menghembuskan nafas terakhir tanpa anak-anak di sisi.

Pada ketika ibu sudah tiada, barulah si anak sedar akan segala kesilapan mereka. Mereka meratapi ibunya sambil meminta maaf. Tapi segalanya sudah terlambat kerana ibu sudah tiada. Selepas dari kejadian itu anak-anak itu menerima akibatnya, ada yang muflis, menjadi tidak siuman dan sebagainya. Itu adalah akibat daripada perbuatan mereka terhadap ibu mereka.

Kata orang, Ibu mampu untuk menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu untuk menjaga seorang ibu.

Ya Allah kau jauhkan lah diri aku ini dari menjadi seorang yang derhaka kepada kedua orang tua ku dan jadikan aku anak yang soleh dan mengenang jasa kedua orang tua ku.

AYAH dan IBU

Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman ini pastu akan menyentuh setiap sanubari yang mendengar lagu ini. Tanpa Ayah dan Ibu kita tidak akan lahir didunia ini. Tanpa mereka kita tidak akan sihat seperti hari ini. Tanpa mereka kita tidak akan dapat melihat matahari. Tanpa mereka kita tidak akan mengenal erti kehidupan. Tanpa mereka kita tidak akn mampu mengenal huruf, membaca dan mengira. Kerana mereka kita berada dimana mereka berada. Mereka tidak mahukan harta mereka tetapi mereka hanya mahukan kasih sayang daripada seorang anak...Itu sudah cukup untuk membahagiakan diri mereka..

Wednesday, February 17, 2010

"Tanggang Moden"

Terdetik hati ini sekadar untuk memberi peringatan kepada diri ini dan sesiapa yg membacanya. Mendengar rintihan seorang ibu dan bapa dari rumah orang-orang tua cukup membuat air mata ini mengalir. Apabila si ibu dan bapa sanggup lari dari rumah dan pergi ke rumah orang-orang tua. Kenapa kedua-dua orang tua ini sanggup melakukan sebegitu? apa yg sia anak telah lakukan sehinggakan mereka sanggup lari dari rumah dan pergi ke rumah orang-orang tua.

Paling membuatkan diri ini tersentak apabila mendengar cerita si ibu yang menyatakan bahawa anaknya mengeluarkan kata-kata yg tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang anak kepada seorang ibu. Si ibu itu sgt terluka dengan perbuatan anaknya itu dan jika diberi pilihan sama ada rumah anaknya @ rumah orang-orang tua, dia sanggup untuk tinggal di rumah orang-orang tua berbanding dengan rumah anaknya walaupun anaknya sudah insaf dan menyedari perbuatan yang dilakukan terhadap si ibu itu.

Betul kata orang anak yg ramai mampu di jaga oleh seorang ibu @ bapa tapi mampukah anak yang ramai untuk menjaga seorang ibu @ bapa. Selagi mereka masih hidup hargailah dan jaga mereka sebaik-baiknya. Jangan selepas kehilangan mereka baru timbul perasaan menyesal, rindu dan sebagainya. Orang tua kita hanya mengharapkan kasih sayang daripada anaknya bukannya harta benda, kekayaan yang dimiliki oleh anak.

Ibu aku pernah berkata kepada diriku ini. Bila ibu tiada nanti siapa yang hendak mendoakan ibu. Dikala aku mendengar itu tersentak dihati ini. Aku hanya mampu berdoa agar diri ini dapat menjadi anak yang dapat berbakti kepada keluarga dan tidak akan sesekali melupakan kedua orang tua aku. Walaupun aku telah kehilangan ayah sewaktu berumur 10 tahun. kehidupan tetap berubah tapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat tabah dan cekal dalam meneruskan hidup membesarkan anak-anaknya sehingga aku dimana kini berada.

Aku hanya berharap diri ini tidak akan menjadi seperti si Tanggang. "Ya Allah, jadikan lah aku ini anak yang mengenang jasa kedua-dua orang tua aku"

Sunday, February 14, 2010

"Kekayaan, Kebahagiaan & Kasih Sayang"

Ini merupakan satu cerita menarik yang ak dengar semalam semasa menonton rancangan 'Halaqah' semalam berama ibu. Cerita tentang kekayaan, kebahagiaan dan kasih sayang.

Ceritanya bermula begini, Seperti hari-hari biasa si suami akan pergi mencari rezeki di pagi hari untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Semasa ketiadaan si suami di rumah telah datang 3 orang pemuda di rumah untuk berjumpa dengan si suami tetapi si isteri telah memberitahu kepada ketiga-tiga jejaka itu yang suaminya tiada di rumah. Ketiga - tiga pemuda itu tunggu sehingga si suami itu pulang ke rumah. Apabila si suami pulang dari kerja si isteri terus berjumpa dengan si suami dan menyatakan bahawa ada tiga orang pemuda ingin bertemu dengannya. Si suami pun bertanya kepada si isteri siapa nama ketiga - tiga pemuda itu. Maka, si isteri pun memberitahu nama ketiga- tiga pemuda itu iaitu kekayaan, kebahagiaan dan kasih sayang. Si suami pun menyuruh si isteri memanggil kekayaan untuk berjumpa dengannya. Si kekayaan pun bangun dan berjumpa dengan si suami. Belum sempat si kekayaan berjumpa dengan si suami, mak mertua si suami bersuara tidak ada gunanya "kekayaan" itu kalu tiada kebahagiaan dalam keluarga. Si suami menyuruh si kekayaan untuk pergi ke tempat asal dan memanggil si kebahagiaan untuk berjumpanya. Si kebahagiaan pun bangun dan berjalan menuju si suami, tiba-tiba bapa mertua si suami bersuara pula, kalau ada "kebahagiaan" dalam keluarga tapi tiada kasih sayang tiada gunanya. Si kebahagiaan pun kembali dan memangil kasih sayang dan kedua-dua pemuda yang lain itu juga turut serta pegi berjumpa dengan si suami. Si suami pun bertanya kenapa si kekayaan dan si kebahagiaan ikut sekali. Kedua- dua pemuda itu berkata itu adalah pakej dimana ada kasih sayang, kekayaan dan kebahagiaan pasti akan ada dalam keluarga.

Renungkan kisah ini.. :)

Saturday, February 13, 2010

Tiga sebab mengapa ALLAH menguji orang Islam

1. Kifarah
Yakni ujian ke atas orang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Maka ketika itulah dia diuji. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai “tebusan” untuk menghapuskan dosa dan keterlanjurannya. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat. Ringkasnya, kifarah ialah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”.

Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan keterlanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar. (Surah al-Zukhruf: 48)


2. Bala

Yakni ujian ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan. Allah jadiakn ujian sebagai hukuman Tuhan di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat. Ringkasnya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang di tenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (Surah al-Tawbah: 74)


3. Ibtila’

Yakni ujian ke atas orang baik ketika melaksanakan kebaikannya, adalah tanda kesih sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, ibtila’ ialah ujian ke atas “orang baik yang buat baik”.

Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke-goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”. (Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk menungkatkan darjat.


Sumber: Dilema Melayu - Islam (Kurang Fikir Atau Kurang Zikir) oleh Ust Pahrol Mohamad Juoi

Wednesday, February 10, 2010

Genap Sebulan

Hari ini genap sebulan peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup ak, yang merubah segalanya.
Tapi itu lah takdir yang harus ak terima. Ak tau yg diri ini hanya mampu mentadbir segala yang ak ingin kan dalam kehidupan ak ini tapi apa kan daya segala -galanya tetap terletak pada takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T dalam diri kita.

Sebulan sudah berlalu dan segala perit dipermulaan perjalanan hidup ak yg baru telah berjaya ak tempuhi walaupun kadang-kadang penuh liku. Sekejap berada diatas dan sekejap berada dibawah. Itu memang lumrah sebagai seorang manusia, kadang-kadang kita akn jd selemah-lemahnya dan kadang-kadang kita akn jd org yg paling kuat utk menghadapi segalanya.

Ak hanya ingin kan kekuatan dalam diri ku sentiasa menemani ak untuk ak terus berdepan dengan semua dugaan dan cabaran yang mendatang.

p/s : Kehidupan mesti diteruskan, cuma cara tidak akn sama apa yg diharapkan..... "Kalu itu yg "DIA" ingin kan maka itulah jadinya..."

Monday, February 8, 2010

"Mencari Kekuatan"

Mana kekuatan dalam diri ini dikala ak terlalu memerlukan. Mungkin dulu ak kuat utk hadapi segala dugaan. Adakah ak kuat utk hari ini, esk, lusa dan hari-hari yg mendatang.

Dugaan tetap dugaan. Tiada yang dapat mengubahnya. Hanya diri ini perlu mencari kekuatan utk mengatasi segala kelemahan utk berdepan dengan semua dugaan itu.

Semalam dan hari ini telah membuat ak terlalu berfikir yg sgt negatif. Ak membayangkan sekiranya diri ak tidak dapat berjalan seperti biasa sebelum kejadian yg menimpa ak terjadi. Deraian air mata keluar secara tiba-tiba bila ak memikirkannya. Adakah ak akn kuat utk kemungkinan itu. Semalam ak tidak dapat melelapkan mata ak kerana memikirkan kemungkinan yg akan terjadi dalam hidup ak. Kalu lah itu adalah realitinya ak mungkin akn dipandang lain oleh org disekeliling ak. Seperti pesan ibu, sedar diri kita dimana kita sekarang, keadaan kita sekarang. Semalam juga ak terpegang peha kiri ak dan ak dapat merasa kn perbezaannya.. ak terasa yg tulang ak bengkok.. itu yg membuatkn ak berfikir dan terus berfikir. InsyAllah satu hari nnti ak akn bertemu dengan kekuatan yg akan membawa ak terus keluar dr segala dugaan ini.

p/s: masalah praktikal tak setel lagi.. ak x nk extend... arghhhhhhhhhh ... :(