Thursday, February 18, 2010

"Tanggang Moden 2"

Cerita ak dengar semasa menonton "Semanis Kurma" semalam (18/02/2010) bersama ibu ak. Cerita ini adalah berkaitan bagaimana layanan seorang anak terhadap ibunya.

Kisah ini mengenai seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak. Si ibu telah berazam untuk memastikan ke semua anaknya mendapat pendidikan yang sempurna dan berjaya pada masa hadapan. Si ibu sanggup menggunakan tulang empat keratnya, mengerah segala tenaga yang si ibu ada untuk mencari rezeki demi memastikan keselesaan dan kejayaan anak-anaknya itu.

Denga izin Allah dan berkat doa si ibu serta usaha si ibu dalam mencari rezeki, kelima-lima anaknya berjaya dan berkerjaya. Kelima-lima anaknya itu memegang jawatan-jawatan profesional seperti jurutera, doktor, akauntan dan sebagainya. Disaat anak-anaknya berjaya si ibu telah pun uzur. Pada mulanya si anak telah membuat keputusan untuk menjaga ibunya yg uzur itu secara bergilir-gilir. Lama kelamaan timbul di sudut hati setiap anak-anak itu yg bercadang untuk membawa ibunya keluar dari rumah yang banyak memberi kenangan kepada ibu yang sudah uzur itu. Anak -anak itu membawa ibu mereka ke bandar dan mereka menyewa sebuah rumah untuk ibu mereka tinggal dan mengupah seorang pembantu untuk menjaga ibu mereka pada waktu siang. Dimana pembantu itu hanya akan datang ke rumah pada pukul 8 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang. Ini semua hanya kerana anak-anak itu ingin mengejar kemewahan didunia. Bayangkan apa perasaan ibu yang tinggal di rumah itu sedangkan anak-anaknya tinggal di rumah yang besar. Bayangkan apabila ibu terpaksa makan nasi sejuk yang disediakan oleh pembantu sebelum pulang. Ibu terpaksa makan nasi dan lauk yang sudah sejuk sedangkan anak-anak dirumah makan nasi dan lauk yang panas. Bayangkan ibu duduk keseorangan di rumah itu tanpa ditemani oleh sesiapa.

Pada satu hari pembantu datang ke rumah seperti biasa dan pergi ke bilik dan pembantu itu mendapati bahawa ibu itu telah meninggal dunia. Bayangkan disaat ibu itu ingin menghembuskan nafas terakhir tanpa anak-anak di sisi.

Pada ketika ibu sudah tiada, barulah si anak sedar akan segala kesilapan mereka. Mereka meratapi ibunya sambil meminta maaf. Tapi segalanya sudah terlambat kerana ibu sudah tiada. Selepas dari kejadian itu anak-anak itu menerima akibatnya, ada yang muflis, menjadi tidak siuman dan sebagainya. Itu adalah akibat daripada perbuatan mereka terhadap ibu mereka.

Kata orang, Ibu mampu untuk menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu untuk menjaga seorang ibu.

Ya Allah kau jauhkan lah diri aku ini dari menjadi seorang yang derhaka kepada kedua orang tua ku dan jadikan aku anak yang soleh dan mengenang jasa kedua orang tua ku.

No comments:

Post a Comment