Sunday, February 14, 2010

"Kekayaan, Kebahagiaan & Kasih Sayang"

Ini merupakan satu cerita menarik yang ak dengar semalam semasa menonton rancangan 'Halaqah' semalam berama ibu. Cerita tentang kekayaan, kebahagiaan dan kasih sayang.

Ceritanya bermula begini, Seperti hari-hari biasa si suami akan pergi mencari rezeki di pagi hari untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Semasa ketiadaan si suami di rumah telah datang 3 orang pemuda di rumah untuk berjumpa dengan si suami tetapi si isteri telah memberitahu kepada ketiga-tiga jejaka itu yang suaminya tiada di rumah. Ketiga - tiga pemuda itu tunggu sehingga si suami itu pulang ke rumah. Apabila si suami pulang dari kerja si isteri terus berjumpa dengan si suami dan menyatakan bahawa ada tiga orang pemuda ingin bertemu dengannya. Si suami pun bertanya kepada si isteri siapa nama ketiga - tiga pemuda itu. Maka, si isteri pun memberitahu nama ketiga- tiga pemuda itu iaitu kekayaan, kebahagiaan dan kasih sayang. Si suami pun menyuruh si isteri memanggil kekayaan untuk berjumpa dengannya. Si kekayaan pun bangun dan berjumpa dengan si suami. Belum sempat si kekayaan berjumpa dengan si suami, mak mertua si suami bersuara tidak ada gunanya "kekayaan" itu kalu tiada kebahagiaan dalam keluarga. Si suami menyuruh si kekayaan untuk pergi ke tempat asal dan memanggil si kebahagiaan untuk berjumpanya. Si kebahagiaan pun bangun dan berjalan menuju si suami, tiba-tiba bapa mertua si suami bersuara pula, kalau ada "kebahagiaan" dalam keluarga tapi tiada kasih sayang tiada gunanya. Si kebahagiaan pun kembali dan memangil kasih sayang dan kedua-dua pemuda yang lain itu juga turut serta pegi berjumpa dengan si suami. Si suami pun bertanya kenapa si kekayaan dan si kebahagiaan ikut sekali. Kedua- dua pemuda itu berkata itu adalah pakej dimana ada kasih sayang, kekayaan dan kebahagiaan pasti akan ada dalam keluarga.

Renungkan kisah ini.. :)

No comments:

Post a Comment