Wednesday, February 17, 2010

"Tanggang Moden"

Terdetik hati ini sekadar untuk memberi peringatan kepada diri ini dan sesiapa yg membacanya. Mendengar rintihan seorang ibu dan bapa dari rumah orang-orang tua cukup membuat air mata ini mengalir. Apabila si ibu dan bapa sanggup lari dari rumah dan pergi ke rumah orang-orang tua. Kenapa kedua-dua orang tua ini sanggup melakukan sebegitu? apa yg sia anak telah lakukan sehinggakan mereka sanggup lari dari rumah dan pergi ke rumah orang-orang tua.

Paling membuatkan diri ini tersentak apabila mendengar cerita si ibu yang menyatakan bahawa anaknya mengeluarkan kata-kata yg tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang anak kepada seorang ibu. Si ibu itu sgt terluka dengan perbuatan anaknya itu dan jika diberi pilihan sama ada rumah anaknya @ rumah orang-orang tua, dia sanggup untuk tinggal di rumah orang-orang tua berbanding dengan rumah anaknya walaupun anaknya sudah insaf dan menyedari perbuatan yang dilakukan terhadap si ibu itu.

Betul kata orang anak yg ramai mampu di jaga oleh seorang ibu @ bapa tapi mampukah anak yang ramai untuk menjaga seorang ibu @ bapa. Selagi mereka masih hidup hargailah dan jaga mereka sebaik-baiknya. Jangan selepas kehilangan mereka baru timbul perasaan menyesal, rindu dan sebagainya. Orang tua kita hanya mengharapkan kasih sayang daripada anaknya bukannya harta benda, kekayaan yang dimiliki oleh anak.

Ibu aku pernah berkata kepada diriku ini. Bila ibu tiada nanti siapa yang hendak mendoakan ibu. Dikala aku mendengar itu tersentak dihati ini. Aku hanya mampu berdoa agar diri ini dapat menjadi anak yang dapat berbakti kepada keluarga dan tidak akan sesekali melupakan kedua orang tua aku. Walaupun aku telah kehilangan ayah sewaktu berumur 10 tahun. kehidupan tetap berubah tapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat tabah dan cekal dalam meneruskan hidup membesarkan anak-anaknya sehingga aku dimana kini berada.

Aku hanya berharap diri ini tidak akan menjadi seperti si Tanggang. "Ya Allah, jadikan lah aku ini anak yang mengenang jasa kedua-dua orang tua aku"

No comments:

Post a Comment