Thursday, February 18, 2010

AYAH dan IBU

Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman ini pastu akan menyentuh setiap sanubari yang mendengar lagu ini. Tanpa Ayah dan Ibu kita tidak akan lahir didunia ini. Tanpa mereka kita tidak akan sihat seperti hari ini. Tanpa mereka kita tidak akan dapat melihat matahari. Tanpa mereka kita tidak akan mengenal erti kehidupan. Tanpa mereka kita tidak akn mampu mengenal huruf, membaca dan mengira. Kerana mereka kita berada dimana mereka berada. Mereka tidak mahukan harta mereka tetapi mereka hanya mahukan kasih sayang daripada seorang anak...Itu sudah cukup untuk membahagiakan diri mereka..

No comments:

Post a Comment