Monday, May 24, 2010

MARAH

MARAH... Satu sifat yang tidak dapat lari dalam hidup manusia apabila emosi terganggu disebabkan oleh tekanan persekitaran. Kita harus bijak dalam mengawal kemarahan kita. Rasulullah sendiri pernah bersabda :
"Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas).
Beliau juga ada sifat marah seperti kita. Yang membezakan adalah cara kita untuk mengawal kemarahan itu.

Jangan disebabkan benda yg kecil kita marah seperti gunung berapi nak meletus. Berfikir secara matang, fikir kesan yang akan terjadi akibat dari marah itu.

Bila kita marah, apa perlu buat? :

1)Tarik nafas dalam-dalam. Supaya nafsu marah yang tengah membuak-buak itu reda.

2)Wuduk & istigfar. Dengan mengingati Allah itu adalah cara yang terbaik untuk mengakis kemarahan dalam diri kita.

3)Membaca al-Quran

4)Berfikir secara rasional tentang kesan buruk.

5)Meluahkan perasaan yang terpendam itu. Jangan disimpan apa-apa yang pedih itu sendiri kerana makin lama disimpan makin pedih. Luahkan pada orang yang kita percaya.

6)Berjalan di tempat-tempat yang menenangkan. Tepi pantai, taman permainan melihat gelagat kanak-kanak.

7)Lakukan apa-apa yang di rasa diri dapat menenangkan fikiran. Tapi fikir dulu sebelum melakukan. JANGAN LAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEMUDARATKAN DIRI.




Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawasanya marah itu perosak iman, bagai barang yang pahit merosak madu.”

No comments:

Post a Comment