Saturday, June 5, 2010

Aku dan Kehidupan...

Masa Depan oh Masa Depan..
Apakah yang akan aku lalui..
Adakah aku mampu untuk melalui segala ranjau kehidupan ini..
Aku hanya seorang insan di muka bumi ini yang hanya mampu mentadbir tetapi segalanya terletak pada takdir-Nya....
Apakah yang akan aku tempuhi hari ini, esok, dan akan datang?...
Segalanya adalah satu rahsia yang akan bermain dalam diri ini...

Apa yang harus aku lakukan sekiranya aku keseorangan di dunia ini..
Adakah aku kuat untuk menghadapinya sendirian..
Siapa yang akan peduli pada diri ini....
Dimana harus aku mencari kekuatan bagi membina semangat untuk menghadapi segalanya sendirian...
Aku keseorangan..
Keseorangan dalam mencari cahaya kekuatan untuk aku jadikan panduan...

Mencari dan terus mencari sesuatu yang akan menjadi panduan hidup ini...
Terus dan terus menuju ke satu destinasi yang akan aku temui suatu kekuatan untuk diri ini...
Destinasi yang akan ku temui cinta yang hakiki..
Yang akan memimpin tangan ini menuju satu ketenangan yang abadi...
Mungkin selama ini aku keseorangan di kaburi oleh dosa-dosa didalam hati ini...
Syukur kerana aku tidak lagi terkapai-kapai dalam hidup ini...
Bertemu kembali cahaya dan cinta yang seharusnya menjadi kekuatan dan panduan dalam hidup ini....
Destinasi ini telah membukakan hati aku..
Akan aku jaga dan pelihara cinta ini..
Kerana ia cinta yang hakiki..





No comments:

Post a Comment